Jumaat, 25 Mei 2012

PRODUK HIDAYAH-HALAL

Produk Hidayah | Halal Product Halal product - telah disahkan oleh JAKIM Sebarang pertanyaan mahupun tempahan, boleh menghubungi saya di 013-35906360 ataupun di wani_nss89@yahoo.com
KRIM PUTERI KECANTIKAN SIANG SPF15 Krim Puteri Kecantikan Siang SPF 15 dengan ekstrak Pueraria Mirifica merangsang dan memperbaiki tekstur serta meningkatkan keanjalan kulit anda. Krim Puteri Kecantikan Siang SPF 15 memberikan perlindungan SPF 15 daripada sinaran UV. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. NOT100602800K - ( 30 ml ) RM 35.00 | x termasuk postage
KRIM PUTERI KECANTIKAN MALAM Krim Puteri Kecantikan Malam membantu meningkatkan peredaran darah ke permukaan kulit bagi meningkatkan tekstur dan keanjalan kulit. Krim ini juga merangsang sintesis kologen dan membina semula sel kulit supaya kelihatan cantik dan anjal. NOT100602798K - ( 30 ml ) RM 35.00 | x termasuk postage
PEMBERSIH SOLEKAN Pembersih Solekan Hidayah dapat menanggalkan solekan di wajah dengan berkesan ke atas kulit muka dan lingkaran mata. NOT100602802K - ( 125 ml ) RM20.00 | x termasuk postage
PENYEGAR MUKA TANPA ALKOHOL Penyegar Muka Tanpa Alkohol Hidayah dirumus khas tanpa alcohol dengan tambahan ekstrak Pueraria Mirifica untuk membersih dan menyegarkan kulit wajah, disamping menanggalkan kotoran dan mengecilkan liang roma kulit wajah anda BAHAN-BAHAN Pueraria mirifica, Water, Glycerin, Aloe vera leaf extract, Hyaluronic acid, Olive oil PEG-7 ester, Phenoxyethanol, Chlorophyll extract, Tocopherol acetate, Ascorbyl acid, Salicylic acid, Tetrasodium EDTA. NOT100602799K - ( 150 ml ) RM 18.00 | x termasuk postage
Gel Lingkaran Mata Hidayah dirumus untuk menyegarkan, tidak berminyak, ringan dan mudah di serap. Gel ini bertindak secara efektif dan melindungi lingkaran mata terhadap tanda-tanda awal penuaan. NOT100602805K - ( 20 ml) RM32.00 | x termasuk postage
Pembersih Wajah Halus dan berkesan dengan Vitamin C dan ekstrak Pueraria Mirifica BAHAN-BAHAN Pueraria mirifica extract, Virgin coconut oil, Glycerin, Myristic acid, Stearic acid, Aloe vera extract, Hydrolized oat protein, Ethylene glycol distearate, Salicylic acid, Sodium cocoyl glycinate, Sorbitan olivate (and) cetearyl olivate, Niacinamide, Lauric acid, Adenosine triphosphate, Phenoxyethanol, Citric acid, D-panthenol, Tocopherol acetate, Ascorbyl tetraisopalmitate. NOT100701614K - ( 120 ml ) RM15 | x termasuk postage
KRIM BIDADARI ANTI PIGMENTASI Krim Bidadari Anti Pigmentasi Hidayah dirumus untuk memperbaiki struktur kulit wajah yang mengalami pigmentasi, perubahan tona warna pada kulit wajah dan proses penuaan akibat terdedah kepada sinaran matahari. Krim Bidadari Anti Pigmentasi Hidayah berkesan untuk mencerahkan, mengurangkan pigmentasi dan meremajakan kulit wajah. NOT100602801K- ( 30 ml) RM38.00 | x termasuk postage
KRIM RATU ( KRIM PAYUDARA) Krim Ratu Hidayah (Krim Payudara) dirumus khas dari Pueraria Mirifica yang digunakan untuk pembesaran dan penegangan payudara wanita. Phyto-estrogen dari Pueraria Mirifica juga membantu dalam rehidrasi kulit dan menguatkan kolagen dan keanjalan. Krim Ratu Hidayah (Krim Payudara) berupaya meremajakan kulit dan payudara wanita. NOT100602797K- ( 50 ml ) RM 58.00 | x termasuk postage
GEL ANTI GARISAN PENUAAN Gel Anti-Penuaan Hidayah mempunyai kadar serapan yang tinggi terhadap kulit dan bermanfaat bagi kesihatan kulit wajah. Gel ini mengandungi ekstrak Pueraria Mirifica yang dapat menggantikan sel-sel mati dan rosak serta meregangkan kulit . Ia memiliki sifat pelembab kulit dan membantu menjaga kulit supaya kulit lembut dan radian. Gel ini bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengurangkan kedutan, jerawat, bintik-bintik hitam, kecacatan kulit, memberikan penampilan sempurna dan meremajakan kulit anda. NOT100602803K - ( 20 ml ) RM 34.00 | x termasuk postage
KRIM ANTI OKSIDA Lindungi kulit anda dengan Krim Anti Oksida Hidayah (Remajakan Kulit Anda) yang menggunakan sumber semulajadi bagi melindungi dan meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Krim ini mempunyai anti-oksida yang bertindak melawan kesan molekul persekitaran yang menjadi penyebab tanda-tanda awal penuaan. NOT100602804K - (30 ml) RM 38.00 | x termasuk postage

Jumaat, 4 Mei 2012

ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA KITA

Dalam hidup ini Tiada siapa yang mampu mencintai kita sepertimana Allah mencintai kita. Cinta Allah kepada para hambaNya begitu mendalam. Begitu indah dan begitu suci. Allah mencipta kita dengan penuh rasa cinta Lihat sahajalah bagaimana Allah menyayangi kita Dia sentiasa ada bersama kita Dia selalu sahaja bersedia untuk mendengar masalah kita Dia tidak pernah bosan memperkenankan doa kita Dia juga yang tidak pernah jemu membantu kita dalam kesusahan Dia hadir Melimpahkan cahaya Yang membuatkan iman yang tadinya malap Kembali bernyala Bila tiada sesiapa memahami kita, Allah ada untuk memahami dan memujuki hati kita Bila tiada sesiapa mahu mendengar kata hati kita, Allah tetap setia mendengar setiap keluhan yang terlahir dari jiwa kita. Bila tiada sesiapa lagi yang ada dengan kita Allah ada untuk menemani kita. Ingat, Jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.

Jumaat, 24 Februari 2012

KEBERSIHAN WANITA



Ruangan Cahaya Rohani bulan ini akan meneruskan ulangkaji berkenaan kebersihan wanita, khusus merujuk kepada cairan-cairan yang keluar dari vagina. semua ini selari dengan ajaran islam yang amat menitik beratkan tentang kebersihan. Kepada wanita-wanita perkara ini amatlah penting untuk mnengetahuinya. Manakala bagi lelaki, perkara ini juga kalian perlu untuk tahu kerana kalian juga akan mempunyai isteri dan anak-anak perempuan. mari kita mengenalinya..

Air Wadi

Ia adalah sejenis cecair putih kental yang keluar selepas membuang air kecil (kencing). Memandangkan ia keluar selepas kencing, maka hukumnya seperti air kencing, yakni ia membatalkan wudhu dan dibersihkan dengan air.


Air Mazi

Ia adalah sejenis cecair yang nipis, jernih (clear) dan licin seperti pelincir. Ia keluar apabila timbulnya syahwat, seperti apabila suami-isteri memulakan hubungan seks, apabila seseorang itu melakukan onani atau berangan-angan sesuatu yang memberahikan.

Air mazi membatalkan wudhu’ dan hendaklah dibersihkan dengan cara membasuh vagina dengan air. [Shahih al-Bukhari, no: 261] Jika air mazi terkena pakaian, memadai dengan merenjis atau memercik dengan air. Rasulullah memberi tunjuk ajar: Cukuplah kamu mengambil air sepenuh telapak tanganmu, lalu percikkan pada bagian pakaian yang kamu ketahui terkena mazi. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 210]

Memandangkan air mazi adalah jernih, agak sukar untuk mengetahui di bahagian mana ia mengenai pakaian. Maka memadailah memercikkan air …pada bagian pakaian yang kamu ketahui terkena mazi… tanpa perlu membasuh keseluruhan pakaian.

Air Mani.

Ia adalah cecair berbau yang keluar tatkala berlakunya kemuncak syahwat (klimaks). Bagi lelaki ia agak pekat sementara bagi wanita ia agak cair. Air mani keluar apabila suami isteri melakukan hubungan seks, apabila seseorang itu melakukan onani atau bermimpi, lazim disebut sebagai mimpi basah.

Berkenaan air mani, sebahagian orang berpendapat wanita tidak mengeluarkan air mani. Pendapat ini dijawab bahawa wanita juga mengeluarkan air mani, hanya air mani wanita tidak mengandungi sperma sebagaimana air mani lelaki. Dalilnya ialah hadis berikut, di mana Umm Sulaim telah bertanya kepada Rasulullah:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu dalam perkara yang hak. Apakah bagi wanita wajib mandi jika dia bermimpi?” Rasulullah wasallam menjawab: “Ya, jika dia melihat air mani.” Umm Salamah (isteri Rasulullah yang turut hadir) menutupi wajahnya (kerana malu) seraya bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah seorang wanita itu bermimpi (basah)?” Baginda menjawab menjawab: “Ya.” [Sebahagian dari hadis Shahih al-Bukhari, no: 127]

Apabila seorang wanita mengeluarkan air mani, dia di dalam keadaan junub dan hendaklah membersihkan dirinya dengan Mandi Wajib. Tatacara mandi wajib telah kita bincang dalam ruangan Cahaya Rohani ini, edisi November 2010. Jika Air Mani terkena pakaian, maka ia dibasuh dengan air jika masih basah [Shahih Muslim, no: 436] atau dikerik (kikis dengan kuku) jika sudah kering [Shahih Muslim, no: 435].

Di antara tiga cecair yang keluar ini, hendaklah dibezakan bahawa untuk air wadi dan air mazi, memadai membasuh dengan air lalu berwudhu, sementara untuk air mani hendaklah melalui Mandi Wajib. Seperkara lain, apabila disebut onani (masturbate), ia hanyalah untuk pengetahuan umum. Ia tidak bererti Islam mahu pun penulis menganjurkan perbuatan tersebut.

Cairan Lain Daripada Diri Sendiri.

Kadangkala ada cairan yang keluar namun sudah dikenal pasti ia bukan darah haid, bukan cairan kuning, putih, coklat yang berkaitan dengan haid, bukan darah nifas, bukan darah istihadhah dan bukan juga air kencing, air wadi, air mazi mahu pun air mani. Lalu apakah hukum cairan ini?

Di antara ilmuan Islam, ada yang berpendapat cairan tersebut adalah najis. Ia membatalkan wudhu’ dan hendaklah vagina serta pakaian yang mengenainya dibasuh dengan air. Mereka berhujah bahawa semua yang keluar melalui qubul dan dubur adalah najis.

Ada juga yang berpendapat, cairan tersebut bukan najis dan tidak membatalkan wudhu’. Ini kerana manusia pada asalnya adalah suci dan apa yang dianggap sebagai najis dan/atau membatalkan wudhu’ hendaklah berdasarkan dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Memandangkan dalam hal ini tiada dalil, maka ia bukan najis dan tidak membatalkan wudhu’. Namun boleh saja bagi seseorang itu membersihkan vaginanya dan mengambil wudhu’ apabila hendak solat, sebagai langkah kebersihan tambahan. Saya mencenderungi pendapat kedua ini.

Cairan Dari Sumber Lain.

Adakalanya keluar cairan vagina dari sumber yang lain. Misalnya, air mani suami yang mengalir keluar dari vagina isterinya setelah mereka melakukan hubungan seks. Misal lain, setelah membasuh vagina daripada air mazi, darah haid atau lain-lain, ada air basuhan yang mengalir keluar. Dalam kes ini, memadai bagi wanita tersebut mengelap kering cairan tersebut tanpa perlu mengambil wudhu, mengulangi wudhu’ atau Mandi Wajib.


Cairan Kerana Penyakit.

Dalam kes terpencil, ada wanita yang vaginanya sentiasa lembab dengan cairan, umpama air mazi. Sudah dipastikan oleh para doktor bahawa ia adalah sejenis penyakit dan bukan disengajakan oleh wanita tersebut. Dalam kes ini, ia diqiyaskan kepada darah istihadhah di mana cairan tersebut tidak membatalkan wudhu kerana ia adalah penyakit yang dimaafkan.

BY:kapten hafizfirdaus.com

Selasa, 21 Februari 2012

WANITA, BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENJADI PENYEJUK MATA..?


” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”

Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.

BY: myilham.com

Isnin, 20 Februari 2012

HADIS DOA MAKAN YANG TIDAK SAHIH


Anjuran Doa Sebelum Makan.

اللهم بارك لنا فيما رزقتنا, وقنا عذاب النار

Ya ALLAH, berkatilah bagi kami apa yang ENGKAU rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab neraka.

Penjelasan:

Hadis ini adalah hadis daif jiddan (sangat lemah). Dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam ad-Du’a (no. 888), Ibn ‘Adi 6/2212 dan Ibn al-Sunni. Sanadnya memiliki kecacatan yang amat parah kerana di dalamnya terdapat rawi yang diperbincangkan oleh para ulama. Rawi tersebut ialah Hisyam bin Ammar dan Ibn Sami’. Namun yang lebih parah dari itu ialah Ibn Abi Zu’aizi’ah, dia seorang yang tertuduh berdusta dan hadisnya sangat. Oleh yang demikian hadis ini dianggap sebagai mungkar oleh Ibn Adi, al-Dzahabi dan Ibn Hajar al-‘Asqalani. Selain itu hadis ini dinilai sebagai daif jiddan oleh Syaikh 'Amr bin Ali Yasin dalam semakannya ke atas Kitab al-Adzkar Li al-Nawawi (no. 674). Apa yang sahih berkenaan doa sebelum makan ini adalah sebagaimana dalam hadis berikut:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ. فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ.

Apabila salah seorang di antara kamu makan maka katakanlah: Bismillah, lalu apabila pada awalnya dia lupa maka katakanlah: Bismillah fi awwalihi wa akhirihi. - Hadis riwayat at-Tirmidzi, no. 1858 dengan sanad yang sahih.

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w mengajar Umar bin Abi Salamah yang masih kecil:

يَاغُلاَمُ سَمِ اللهِ وَكُلْ بِيَمِيْنِكَ.

Wahai budak lelaki, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu. – Hadis riwayat al-Bukhari, no. 5376.

Kesimpulannya, memadai sekadar membaca lafaz Bismillah ketika hendak makan tanpa perlu mengangkat tangan dan dilakukan secara berjamaah. Wallahu'alam.

by: Mohd Hairi Nonchi

Rabu, 4 Januari 2012

INDAHNYA KEJUJURAN


Kejujuran adalah satu perkara yang sering disama ertikan dengan baik budi pekerti, setia dan sebagainya. Kejujuran tentunya dikaitkan dengan salah satu sikap empunya diri kita sendiri. Sama ada jujur pada orang lain, pada diri sendiri atau pada Allah Ta'ala. Secara keseluruhannya, kejujuran adalah amat penting dalam segala hal, beribadah, bersahabat, berkasih ataupun dalam pasangan rumah tangga.


Kejujuran adalah ungkapan yang acap kali kita dengar yang membawa maksud sebenar bukan sekadar ungkapan semata-mata (dusta) tetapi ungkapan adalah sama dengan kenyataan. Terdapat dua kepentingan dalam kejujuran yang harus kita tahu untuk menikmati betapa indahnya kejujuran.


Kujujuran dalam konteks Islam


Rasulullah saw selalu mengingatkan umatnya agar selalu jujur dalam tiap perkara kerana jujur merupakan mukadimah akhlak mulia yang akan membawa pemiliknya kepada akhlak tersebut.

Imam Ibnul Qayyim berkata, Iman asasnya adalah kejujuran (kebenaran) dan nifaq asasnya adalah kedustaan. Maka, tidak akan pernah bertemu antara kedustaan dan keimanan melainkan akan saling bertentangan satu sama lain. Allah mengkhabarkan bahawa tidak ada yang bermanfaat bagi seorang hamba dan yang mampu menyelamatkannya dari azab, kecuali kejujurannya (kebenarannya).
Allah berfirman,

“Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka.” (QS. al-Maidah: 119)

“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (QS. az-Zumar: 33)

Jujur dalam kedudukan agama. Ini adalah kedudukan yang paling tinggi, sebagaimana jujur dalam rasa takut dan pengharapan, dalam rasa cinta dan tawakkal. Perkara-perkara ini mempunyai landasan yang kuat, dan akan tampak jika difahami hakikat dan tujuannya. Kalau seseorang menjadi sempurna dengan kejujurannya maka akan dikatakan orang ini adalah benar dan jujur, sebagaimana firman Allah.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” (QS. al-Hujurat: 15)

Rabu, 14 Disember 2011

ZIKIR SAHIH SELEPAS SOLAT

ZIKIR-ZIKIR SAHIH SELEPAS SOLAT FARDU

Pertama sekali yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja baginda selesai melaksanakan solat fardhu ialah beristighfar (memohon ampun) kepada Allah iaitu dengan mengucapkan lafaz "Astaghfirullah" sebanyak 3 kali lalu diikuti dengan lafaz Allahumma antassalam waminkas salam tabarakta dzal jalali wal ikram sebanyak 1 kali.

Perhatikan riwayat berikut:
وَعَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ: كَانَ رَسُو اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ، اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا، وَقَالَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.

"Dari Tsauban berkata: Apabila Rasulullah selesai (mengerjakan) solat, baginda beristighfar (memohon ampun sebanyak) tiga kali lalu mengucapkan: Wahai Allah, Engkau Maha Sejahtera dan dari-Mu kesejahteraan. Maha Agung Engkau wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan." - Sahih Muslim (no. 135, 591) dan Sahih Abu Daud (no. 1563).

Al-Walid r.a berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah)." - Sahih Muslim (no. 591) dan Sunan Abu Daud (no. 2151).

Seterusnya membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Allah, tidak ada yang dapat mencegah apa yang Engkau beri dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau cegah. Dan tidak bermanfaat kepada orang yang mempunyai kebesaran-kebesarannya itu." - Sahih al-Bukhari (no. 844, 7292) dan Sahih Muslim (no. 539).

Adakalanya baginda juga membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan hanya Allah. Kami tidak beribadah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujian yang baik. Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan hanya Allah dengan memurnikan ibadah hanya kepada-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya." - Sahih Muslim (no. 594).

Khas bagi solat subuh dan maghrib baginda menggalakkan umatnya agar membaca wirid berikut sebanyak 10 kali:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." Sehubungan dengan wirid di atas Rasulullah menjelaskan: Sesiapa setelah (mengerjakan) solat maghrib dan subuh (kemudian) membaca: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. "Allah akan tulis setiap satu kali 10 kebaikan, dihapuskan 10 keburukan, diangkat 10 darjat, Allah lindungi dari godaan Syaitan yang terkutuk." - Silsilah al-Ahadith ash-Sahihah (no. 2563).

Dalam sebuah hadis yang panjang disebut bahawa:

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قال حين بنصرف من صلاة الغداة، قبل أن يتكلم: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، عشر مرات، أعطي بهن سبعا: كتب له بهن عشر حسنات، ومحاعنه بهن عشر سيئات، ورفع بهن عشر درجات، وكن له عدل عشر نسمات، وكن له حفظا من الشيطان، وحرزا من الْمكروه، ولم يلحقه في يومه ذلك ذنب إلا الشرك بالله. ومن قالهن حين ينصرف من صلاة المغرب، أعطي مثل ذلك ليلته.

"Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ketika selesai solat subuh mengucapkan: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Hanya ditangan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu 10 kali sebelum dia berbicara maka dengan kalimat-kalimat tadi dia akan diberikan 7 hal; dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan darinya 10 keburukan, diangkat baginya 10 darjat, kalimat-kalimat tadi menyamai (pahala) membebaskan 10 (orang) hamba, kalimat-kalimat tadi akan menjadi penjaga baginya dari syaitan, penjaga dari segala keburukan dan pada hari itu dosa apa pun tidak akan menimpanya kecuali syirik kepada Allah. Sesiapa yang mengucapkannya ketika selesai solat maghrib maka pada malam harinya dia akan diberikan sama sepertinya." - Sahih at-Targhib wa at-Tarhib 3/475.

Kemudian disyariatkan juga membaca surah-surah al-Mu’awwidzat sebagaimana keterangan hadis berikut:
عن عقبة بْن عامر رضي الله عنه قال: أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ.

"Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Saya diperintah oleh Rasulullah agar membaca surah-surah al-Mu’awwidzat setiap kali selesai solat." - Musnad Ahmad (no. 17417) dan Ibn Khuzaimah (no. 755).

Adapun yang dimaksudkan dengan surah-surah al-Mu’awwidzat adalah merujuk kepada tiga surah terakhir dari al-Qur’an iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas.

Selanjutnya membaca ayat al-Kursi (Surah al-Baqarah, ayat 255).
Sabda Rasulullah:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ لَمْ يَحِلْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلاَّ المَوْتَ.

"Barangsiapa membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai solat, maka tidak ada yang menghalanginya untuk masuk syurga kecuali mati." - Silsilah al-Ahadith ash-Sahihah (no. 972).

Seterusnya disunatkan juga berzikir dengan membaca tasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali dan digenapkan menjadi 100 kali dengan ucapan tahlil (Laa ilaha ilallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syain qadir) iaitu sebanyak 1 kali.

Sabda Nabi:
مَنْ سَبَّحَ الله فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَ حَمِدَ الله َ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَكَبَّرَ الله ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَتْلِكَ تِسْعُونَ، وَقَالَ تَمَامَ الْمَائَةِ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.

"Barang siapa yang bertasbih kepada Allah pada setiap akhir solat sebanyak 33 kali, bertahmid kepada-Nya 33 kali dan bertakbir 33 kali hingga genap 99 kali. Lalu untuk melengkapi jumlah yang ke 100 dia mengucapkan (tahlil yang bermaksud): Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah satu-satu-Nya (Tuhan yang) tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala kerajaan. Hanya milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih di lautan." - Sahih Muslim (no. 146).

Selain daripada kaedah hadis di atas, Rasulullah juga telah mengajarkan kepada kita beberapa kaedah lain bagi membaca zikir-zikir selepas solat seperti berikut:

1. Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali, Allahu Akbar 10 kali; berjumlah semuanya 30 kali. [al-Tirmidzi (no. 3471).]

2. Subhanallah 11 kali, Alhamdulillah 11 kali, Allahu Akbar 11 kali; berjumlah semuanya 33 kali. [al-Bazzar.]

3. Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali; tidak diakhiri dengan bacaan Tahlil. [al-Tirmidzi (no. 3473).]

4. Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 34 kali; berjumlah semuanya 100 kali. [al-Nasa’i (no. 1322/3).]

5. Subhanallah 25 kali, Alhamdulillah 25 kali, Allahu Akbar 25 kali; diikuti Tahlil seperti hadis di atas 25 kali. [al-Tirmidzi (no. 1323/4).]

Umat Islam disunatkan agar dapat menghitung zikir-zikir di atas dengan menggunakan ruas-ruas jari mereka. Sila perhatikan hadis berikut:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال: رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يعقد التسبيح بيمينه.

"Dari Abdullah bin Umar dia berkata: Aku melihat Rasulullah menghitung bacaan tasbih (dengan menggunakan jari-jari) tangan kanannya." Sahih al-Jami’ (no. 4865).

عَنْ يُسَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ هُنَّ أَنْ يُرَاعِينَ بِاالتَّكْبِيْرِ وَالتَّقْدِيْسِ وَالتَّهْلِيْلِ، وَأَنْ يَعْقِدْنَ بِاْلأَنَامِلِ، فَإِنَّهُنَّ مَسْئُوَ لاَتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ.

"Dari Yusairah bahawasanya Nabi memerintahkan mereka untuk memelihara amalan takbir, tasbih dan tahlil dan agar menghitungnya dengan ruas-ruas jari kerana sesungguhnya dia akan ditanya dan akan diminta berucap (berbicara)." - Sunan at-Tirmidzi (no. 3486) dan Sunan Abu Daud (no. 1501).

Kita juga dianjurkan untuk berdoa kepada Allah pada setiap kali selesai mengerjakan ibadat solat agar dijadikan-Nya kita sebagai hamba yang sentiasa berzikir, bersyukur dan beribadah kepada-Nya yang cara yang terbaik sesuai dengan apa yang diredhai-Nya. Hal ini berlandaskan kepada riwayat berikut:

عن معاذبن جبل رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيده، وقال: يا معاذ! والله إني لا حبك، والله إني لا حبك،. فقال: أوصيك يا معاذ: لاتدعن في دبر كل صلاة، تقول: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Dari Mu’adz bin Jabal bahawasanya Rasulullah pernah mengambil tangannya sambil berkata (kepadanya): Wahai Mu’adz! Demi Allah, aku sungguh menyintaimu. Demi Allah, aku sungguh menyintaimu. Lalu baginda bersabda: Jangan sesekali kamu tinggalkan pada setiap akhir solat doa: Wahai Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan beribadah dengan baik kepada-Mu." - Sunan al-Nasa’i (no. 1302) dan Sunan Abu Daud (no. 1522).

Selain itu, kita juga dianjurkan agar membaca doa seperti berikut:

رَبِّ قِنِيْ عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ.

"Wahai Tuhanku, lindungilah aku dari azab-Mu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu." - Sahih Muslim (no. 709).

Khusus bagi solat subuh, kita digalakkan untuk membaca doa agar kita diberikan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik lagi halal serta diterima-Nya segala amalan yang telah kita telah kerjakan sebagaimana keterangan hadis berikut:

عن أم سلمة رضي الله عنها، أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول، إذا صلى الصبح، حين يسلم: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِاْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتُقَبَّلاً.

"Dari Ummu Salamah bahawasanya Rasulullah setelah solat Subuh baginda mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik (halal) dan amalan yang diterima." - Sahih Ibnu Majah (no. 762)

sumber: cikgu Arie

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..